RPH kami




SEKOLAH KEBANGSAAN

TEMA
KEKELUARGAAN
TAJUK
Kebun Datuk Saya



FOKUS UTAMA
Standard
Kandungan
4.1
Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Standard
Pembelajaran
4.1.1
Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
FOKUS SAMPINGAN
Standard
Kandungan
1.5
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard
Pembelajaran
1.5.1
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal. 



OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.    menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui
      nyanyian secara didik hibur.
ii.   menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar.
PENGISIAN KURIKULUM
i.  Ilmu:   Pendidikan Moral
    Nilai:  Kasih sayang, keberanian
ii.  KBT:  Verbal linguistik, visual ruang, kinestetik
SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata nama am
MEDIA
Seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan dan lampiran

 
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

Langkah 1

1.      Guru memaparkan gambar tunggal pada papan tulis.

2.      Murid diminta menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membincangkan tentang haiwan tersebut.
Contoh;
-bunyi haiwan



Nilai:
Kasih sayang
Teknik Soal Jawab

Teknik  nyanyian




Lampiran 1
Gambar tunggal
(carta gambar atau slaid powerpoint


Langkah 2

1.      Guru mempamerkan seni kata  lagu   ’Datuk Saya Ada Kebun’ dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.

2.      Murid dibimbing oleh guru untuk  menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai.

3.      Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas.

4.      Guru dan murid menyanyi beramai-ramai
        sambil melakukan aksi yang sesuai.






Lampiran 2
Seni kata lagu “Datuk
Saya Ada Kebun’.




AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

Langkah 3

1.      Sediakan 5 keping kad perkataan.
(ayam, itik, kambing, burung, kucing  )

2.      Pilih 5 orang murid secara rawak.
Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pada Lampiran 1.

3.      Kemudian murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.

4.      Murid yang melekatkan kad perkataan diminta bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi.




KBT
Kontekstual

Nilai: Keberanian



Lampiran 3
-kad perkataan

Lampiran 1
-kad gambar

Langkah 4

1.      Murid diminta menyanyikan semula lagu ” Datuk Saya Ada Kebun” dengan sebutan yang betul dan intonasi dan gaya dan sesuai sebagai penutup.

Lampiran 2
-seni kata lagu
’ Datu Saya Ada Kebun’.




Lampiran 1



Kad Gambar










Datuk Saya Ada Kebun

Datuk saya ada kebun,
Iya iya o,
Di kebunnya ada ayam,
Iya iya o...

Kok, kok ni, dan kok kok tu,
Kok ni kok tu
Kok, kok, kok, kok, kok

Datuk saya ada kebun,
Iya iya o,
Di kebunnya ada itik,
Iya iya o...
Kuek, kuek ni dan kuek kuek tu,
Kuek ni kuek tu,
Kuek, kuek, kuek, kuek,

(Ulang untuk semua haiwan)

Irama  lagu ’Pak Mamat Ada Kebun’

Lampiran 2


Blinking Text           Blinking Text  
    Blinking Text    Blinking Text


Seni Kata Lagu